Malam Sunyi Sepi
Berada sendiri diruangan yang sunyi buat minda saya sesak dengan pelbagai cerita yang penting dan tidak penting yang tiba-tiba datang menerpa. Saya sebenarnya tak suka sangat tinggal sendirian, apa lagi ketika waktu malam. Disitu la terasa waktu bergerak terlalu perlahan.
Apa perkara utama yang bermain difikiran. Pertama soal masa depan. Dalam kiraan 5 jari sahaja, nak masuk 30an sudah 🤣 Allah, tak terasa ye. Semangat jiwa remaja ni masih kuat membara. Tapi rupa-rupanya tak lama lagi terlebih kakak.
Perkara kedua paling tidak disuka, yang tiba-tiba bermain difikiran. Korang pun mesti sama. Ketika bersendirian, soal percintaan la pula yang mengganggu fikiran ni. Hubungan yang kekal lama, alhamdulillah. Hubungan yang separuh jalan, nauzubillah hehe.
Tapi iya la. Kita ni merancang je. Kalau Allah nak kata jadi. Maka jadilah tu. Kalau tidak, kena sabar dan usaha lagilah. Haaa macam itulah kehidupan ketika berada sendirian di ruangan yang sunyi. Bukan main fikiran ni bekerja keras. Hahaha.
Ok tidur la kalian. Buat tak tau je, kalau tiba-tiba terfikir kenapa ex korang tinggalkan korang 🤣 okay, bye!!!
Ulasan
Catat Ulasan