Diriku dalam Erti Kehidupan
Pada saat ini, aku berada di satu dunia yang sangat asing bagiku. Jauh dari keluarga tercinta dan berada dalam posisi hanya aku dan diriku. Pertama kali menjejaki kaki ke tempat ini, aku sudah bertekad dalam hati tiada tangisan air mata yang akan ku keluarkan. Kerana aku tahu, pergi ku jauh dari rumah tempat yang aman dan selamat adalah untuk membentuk jiwa agar lebih kental.
Aku tidak pernah berjauhan dari keluarga. Jarak yang tercipta dan dipisahkan oleh lautan China amat berat untuk aku tanggung seorang diri. Tiap hari aku berdoa, agar diberi kekuatan utuk melangkah memulakan hari baru. Setiap hari aku memohon pada Allah agar diberi kesabaran dalam mencari rezeki. Semua ini untuk diri ku dan keluarga yang mengharapkan kepulangan ku dengan selamat.
"Apabila engkau melangkah keluar dari rumah. Jauh dari keluarga. Kembali mu hanyalah sebagai tetamu, yang singgah hanya untuk seketika saja. Untuk menghilangkan penat dan melepaskan rindu. Tapi bila tiba masa untuk pergi, Kamu harus pergi jauh lagi untuk yang kesekian kalinya. Jauh dari rumah, yang pulang semula hanya untuk rehat dan melepaskan rindu pada insan yang dicintai."
Ayat yang sangat sakit bagi ku, setiap cebisan ayat menghiris hati ku. Tapi harus ku telan jua, harus ku hadam bait-bait perkataan itu kerana inilah kehidupan yang harus aku lalui.
Pergilah kamu merantau jauh, agar kamu belajar erti hidup yang sebenar.
Ulasan
Catat Ulasan