Kasih Hanya Satu


 Assalamualaikum wahai HATI

Jika permintaan MAAF itu kau pinta, rela ku memaafkan mu.

Tapi jika kata PELUANG KEDUA itu kau inginkan, maaf, ia tak wujud dalam kamus hidupku.


Hidup ini perlu di teruskan dengan mencipta kenangan baru, walaupun harus bertemu dengan hati yang baru. Daripada hidup bersama semula dengan kenangan yang menyakitkan. Memang tidak sukar untuk melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita, yang memberi kebahagian dalam hari-hari kita. Sedarkanlah hati, untuk mencapai kebahagian buat diri sendiri, kita harus kuat untuk melupakan. 


Percayalah dengan "anda layak mendapat yang lebih baik", kerana yang ikhlas mencintai kita, tidak akan pernah sakiti hati kita. Tetap kuat wahai wanita, hati engkau di ciptakan selembut sutera, tetapi tetap utuh walau di robek berkali-kali. Teruskan tersenyum dan bina dunia sendiri, di mana engkau mampu melangkah dengan hati yang tenang dan memiliki kejayaan di puncak impian.



Ulasan

Catatan Popular