Tinggal Kenangan
Wahai Sang Malam!
Hati aku berteriak, meronta. Jiwa aku bergelora selepas
melihat dan membaca benda yang tidak sepatutnya aku baca.
Walaupun aku masih simpan perasaan itu, masih jaga dalam
hati dan masih berharap walau tanpa bicara. Aku terpaksa melepaskan dan
melupakan itu semua.
Terpaksa membuang
semua kenangan bersama selepas tahu si Dia akan melangsungkan pernikahan.
Mungkin ya, silap
aku minta ditinggalkan. Tapi mengapa kau setuju dalam beberapa minit. Kau tahu
betapa hati aku makin hancur bila tiada soalan, mengapa dan mengapa. Malah kau
memilih untuk turuti keinginanku.
Hari terus berlalu, bulan silih berganti. Kau tahu! aku
setiap hari masih mengingatkan dirimu. Tak pernah dalam sehari aku melupakan
mu. Kadang aku tunggu kau hubungi aku semula. Tapi hampa.
Satu hari tu, sebab
aku terlalu rindu kau, aku kuatkan semangat untuk hubungi kau semula. Tapi
mungkin hatimu sudah terluka, hanya sepatah kata "ya" yang kau
ucapkan. Aku terima.
Dan waktu ini aku
hanya mampu melihatmu tersenyum bersama dia. Dan aku nak kau tahu aku baru
belajar untuk melupakan mu.
Sekian...
Ulasan
Catat Ulasan