Diam Membisu Tanpa Bicara
Di sini aku duduk sendiri.
Melihat panorama yang indah.
Ditemani dengan nyamannya bayu.
Membawa aku terbang jauh.
Jauh merenung sisi kehidupan.
Beribu langkah telah ku cipta.
Beribu memori telah tersemat.
Aku tersenyum mendengar gelak tawa mereka.
Kanak-kanak yang bermain riang.
Tiba-tiba aku tersentak.
Dengan teriakkan yang kuat.
Membuatkan aku berpaling.
Melihat pada satu sudut.
Penuh dengan kekejaman manusia.
Aku terdiam.
Aku tidak bisa apa-apa.
Aku hanya bisa melihat ketawa dan bersedih.
Kerana aku.
Hanya merenung masa lalu.
Sekian
Ulasan
Catat Ulasan