Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga sahabat-sahabat semua dalam keadaan baik-baik saja π
Masa tidak boleh di kembalikan , begitu juga kenangan . Kalau dah terdetik hati utk pergi ke majlis ilmu , pergi saja tanpa berpaling lagi . Sebab bukan kita yg gerakkan hati kita , melainkan Allah yg sentuh hati kita agar kita terfikir utk dtng ke majlis itu .
Pergerakan samalam agak lewat utk ke Masjid Bandaraya disebabkan oleh sebab2 yg tertentu . Dlm perjalanan , jln sngt jem . 7.35 azan isyak telah berkumandang dan kami masih berada di atas jalan raya .
Sampai Masjid Bandaraya , melangkah saja ke masjid , Subhanallah , susunan motor kereta dari luar sampai sekitar masjid penuh , susunan selipur pun sampai tidak tersusun . Nak masuk ke saf utk solat pun sesak .
Masa letak selipar , solat isyak telah mula . Dlm hati takut sudah tak sempat solat jemaah , sebab kalau sampai masjid solat jemaah itu yg di nanti2kan . Melangkah ke saf dgn tenang , hati tidak berhenti berzikir , langkah kaki laju mencari laluan utk ke masuk ke saf . Tiba2 terberhenti di belakang sebab kawasan solat penuh org , mereka tak beri laluan sebab utk ambil tempat awal2π
Sehinggalah ada seorg hamba Allah ni berpaling dan menatap wajah ini (terima kasih), dan ana mengangguk tanda faham sambil berkata , ya kami nak solat . Dan mereka pun terus buka laluan ke arah saf . Saf org duduk yg tak solat ada 7 baris . Alhamdulillah Allah permudahkan langkah kaki kami , Allah gerakkah hati mereka utk buka laluan , dan kami akhirnya dpt solat jemaah bersama tanpa tertinggal satu rakaat .
Subhanallah aturan Allah tiada yg tidak sempurna π semua terlalu indah.
Allah , rasa bersyukur tak terhingga kerana Allah permudahkan langkah kaki kami dan permudahkan perjalanan kami pergi dan kembali.
Hati jgn pernah berhenti berzikir , sentiasa berdoa pada Allah . Kerana dlm waktu susah atau senang kita , hanya Allah yg paling dekat di hati kita.
πΈπΈπΈπΈ
Perkongsian ilmu dari Ustaz Abdul Somad.
Manfaat bersedekah:
1) Mendapat naungan dari Allah.
2) Sebagai pengubat diri.
3) Dapat memadamkan murkah Allah swt.
4) Dapat memadamkan api neraka.
5) Dapat melembutkan hati/melunakkan hati yg keras.
6) Malaikat akan mendoakan.
7) Meninggal dlm keadaan yg baik.
-Syahana-
Ulasan
Catat Ulasan