Kata Maaf Itu Indah
Assalamualaikum dan Selamat Malam semua.
Semoga semua dalam keadaan baik-baik saja.
Kata Maaf Itu Indah!!!
Berapa kali kamu jadi yang pertama untuk meminta maaf atau kamu jenis yang menunggu kata maaf.
Kata Maaf Itu Indah, dan lebih indah jika kamu jadi yang pertama untuk meminta maaf. Kenapa? Sebab apabila kamu memohon maaf, sebenarnya saat itu hati kamu telah menjadi lembut selembut salju. Dan insan yang mempunyai hati yang lembut saja yang mampu untuk tunjukkan sikap yang baik.
Tersenyumlah bila kamu berjaya jadi insan yang mampu tunjukkan sikap yang baik. Hal ini kerana walau berjuta insan didunia ini, tak semestinya berjuta juga insan yang mampu menunjukkan sikap yang baik. Jadi, beruntunglah kamu jika berada diantara sejuta orang yang mempunyai nilai-nilai murni dalam diri.
Jika dilihat dunia masa kini, apa perkara yang semakin pudar dalam diri setiap insan? "Sifat Keperimanusiaan"
Kan? sifat keperimanusiaan ini yang kian pudar dikalangan masyarakat kini. Walhal bukan sukar pun untuk tanamkan sifat ini dalam diri kita. Cara paling mudah adalah mengambil berat dan prihatin dengan keadaan sekeliling, membantu yang kurang berkemampuan dan hadiahkan senyuman yang paling manis setiap masa.
Indahkan Kata Maaf Itu, dan lebih indah jika jadi yang pertama untuk meminta maaf. Kerana ia akan melahirkan banyak aura-aura positif dalam diri kita semua. Yang mampu menarik hati insan-insan disekeliling kita dan menjadikan kita insan yang terbaik diantara yang terbaik.
Senyum-senyum Selalu.
-Syahana-
Ulasan
Catat Ulasan