Kasihku Pada Diriku
Hanya aku dan diriku.
Tika semua membenci diriku,
Aku tetap tersenyum.
Tika semua menjauhi dariku,
Aku masih tersenyum.
Kerana aku ada diriku.
Hanya aku dan diriku,
Tika aku jatuh,
Tiada siapa prihatin padaku.
Tika aku bersedih,
Tiada siapa kesah dengan diriku.
Tapi aku tetap kuat,
Kerana aku ada diriku.
Aku tak pernah mengalah untuk menjalani kehidupan yang penuh dengan cabaran. Walau hanya ada aku dan diriku.
Aku tetap bertahan dalam meniti hidup yang penuh dengan lakonan. Dan tidak terjebak dalam dunia lakonan ini. Kerana kasih nya aku pada diriku.
Aku dan diriku telah dididik untuk tetap bersabar, untuk tetap tersenyum dan untuk terus kuat walau dunia membenci diriku.
Kerana dalam hidup ini aku tahu aku tak akan bahagia bila aku tinggalkan diriku untuk meraih senyuman mereka. Kerana mereka bukan sebahagian daripada aku dan diriku melainkan penambah cerita dalam hidupku.
-Syahana-
Ulasan
Catat Ulasan