Takdir Hidup
10/04/2010 – 10/04/2016
6 tahun aku pertahankan hubungan percintaan aku dengan seseorang yang aku cintai, tapi
disebabkan oleh perkataan NYA “aku tidak boleh jauh dari kau”“aku kesunyian”“aku
perlukan seorang teman” dan akhirnya perhubungan aku terhenti begitu saja.
Begitu
mudah dia melupakan segalanya, kenangan yang dicipta, janji yang diucapkan dan kepercayaan yang dibina semua hilang. Semuanya dia telah lupakan begitu saja disebabkan
oleh 3 sebab yang tidak boleh diterima akal.
Selama 6 tahun bersama, kekuatan aku untuk bersamanya adalah kerana janji dan
kepercayaan bersama. Janji yang diberi untuk membina mahligai indah bersama.
Janji untuk mengelilingi dunia bersama. Janji untuk membuktikan segala janji.
Tapi telah pudar dan hilang disebabkan oleh orang ketiga.
Semua
sebab itu hanyalah satu alasan. Alasan semata-mata untuk bersama dengan seseorang
yang baru dikenalinya disana. Alasannya untuk akhiri perhubungan ini. Alasan
yang tak matang bagi aku “PENIPU”.
Kenapa
dan Mengapa begitu mudah engkau melupakan segalanya hanya kerana engkau bertemu orang
baru ...............................................?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum
dan Salam sejahtera semua. Semoga dalam keadaan sihat dan berbahagia bersama insan yang disayangi.
“Orang
Ketiga”
Orang
ketiga dalam perhubungan biasanya dikaitkan dengan seseorang yang mengganggu
hubungan orang lain, tidak kira lelaki atau perempuan. Orang ketigalah yang
menyebabkan segala janji dan kepercayaan hancur dengan begitu mudah.
Untuk
awak, mengapa perlu jadi orang ketiga? Mengapa awak mesti muncul dalam
kebahagiaan orang lain? Mengapa awak perlu hadirkan diri awak dalam hubungan orang lain? Mengapa awak
perlu hadirkan orang ketiga dalam hidup awak? Mengapa dan Mengapa. Kemana hilangnya harga
diri awak? Kemana hilangnya keperibadian awak sebagai seorang lelaki sejati?
Kemana hilangkan keperibadian awak sebagai seorang wanita yang terunggul?
Kepada
abang2 dan akak2 yang saya sayangi. Hormatlah hubungan kalian, pasangan kalian dan hubungan orang lain. Jadilah seorang yang dapat membuktikan cinta suci itu
hadir. Cinta yang dibina diawal perkenalan diakhiri dengan ijab dan kabul.
Bahagiakan bila dapat mengekalkan hubungan yang dibina? Bahagiakan hidup tanpa
orang ketiga? Lagi bahagia bila bersama atas dasar kepercayaan yang tinggi,
yakin dengan pasangan masing2 dan kasih sayang sentiasa mekar setiap hari. Bahagia sangat.
Kepada
orang ketiga, masih ada masa untuk kalian undur diri, masih ada masa untuk
kalian perbetulkan hati kalian. Kalian jangan lupa dengan perkataan “kifarah”. Mungkin
tidak jadi pada diri kalian, tapi tiada siapa tahu mungkin boleh terjadi dengan
orang yang kalian sayangi. Semoga dijauhkan. Hormatilah orang lain jika kalian
ingin dihormati. Dan jangan lupa, Allah swt Maha Melihat dan doa orang yang teraniaya sentiasa dimakbulkan. Selamat berhati-hati dalam kehidupan kalian.
Jika
kalian tak nak bagi peluang kepada orang lain untuk bahagia, bagilah peluang kepada diri kalian untuk bahagia dengan cara yang betul. Jika cinta manusia susah untuk
kalian miliki. Jangan lupa masih ada cinta yang teragung yang bukan semua dapat memilikinya. Iaitu CINTA ALLAH SWT.
Cintailah Allah swt, nescaya kamu akan dapat
cinta yang lebih indah dari cinta manusia. Hadirkan Cinta Allah swt dalam diri
kalian, nescaya kebahagian sentiasa mendahului dari segalanya.
Sekian,
salam ukhuwah untuk semua.
-Syahana-
Ulasan
Catat Ulasan