Allah s.w.t Maha Mengetahui
Apa yang telah terjadi adalah ketentuan dari Allah s.w.t
Bila orang penting yang engkau sayang menghancurkan sendiri kepercayaan engkau kepada mereka.
Masih adakah kepercayaan untuk dipercaya?
..............terdiam untuk seketika..............
Allah s.w.t memberi berjuta peluang kepada hambanya.
Tapi,,,
Engkau siapa!!! tidak mahu beri peluang dan hendak menghukum atas satu kesilapan.
#papp.... terasa tamparan yang kuat terkena pada hati sendiri.
Maka,,,
Kata-kata itu bukanlah dari hati engkau sendiri.
Melainkan Allah yang menggerakkan hati engkau untuk berkata-kata.
Selepas itu, engkau tersedar yang Allah s.w.t sedang berkata-kata dengan engkau.
Dan....
Engkau pun mampu untuk menghadiahkan diri engkau ketenangan hati dan senyuman yang manis.
Kerana Engkau tahu Allah s.w.t sentiasa dekat dengan engkau dan sayang pada engkau.
.............................................................................................................
Maka kita sebagai hamba perlu sentiasa hadirkan Allah s.w.t sebagai tempat pertama untuk meminta pertolongan. Mohon pada Allah s.w.t dan berdoa sebanyak mana yang kita rasa cukup. Mungkin pertolongan Allah s.w.t tidak datang secara terus selepas kita meminta, tapi sedar dan ingatlah selepas kita memohon dan meminta pada Allah s.w.t "ketenangan hati" yang kita rasa itu adalah pertolongan Allah s.w.t yang paling cepat dan dekat dengan kita. Kerana Allah s.w.t tak akan biarkan hambaNya terus dalam kesedihan yang berpenjangan.
Sekian , salam ukhuwah untuk semua.
-Syahana-
Ulasan
Catat Ulasan